OtherPapers.com - Other Term Papers and Free Essays
Search

Accounting Information System (malay)

Essay by   •  November 14, 2015  •  Coursework  •  416 Words (2 Pages)  •  1,491 Views

Essay Preview: Accounting Information System (malay)

Report this essay
Page 1 of 2

Blok E3-0-4 Kem Kelubi,

Jalan Kelab Golf,

06000 Jitra, Kedah.

[pic 1]

Pengarah,

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA,

Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut,

50609 Kuala Lumpur.

16 Januari 2015.

Tuan/Puan,

SEBAB-SEBAB TIDAK MENCAPAI GRED CGPA 2.5 DAN RAYUAN PINJAMAN MARA

Merujuk perkara di atas,

2.         Berdasarkan maklumat di atas, saya Norshafiqa Binti Mohammad Fuad jurusan Financial Accounting di Asia Pacific University ingin menyatakan sebab mengapa saya mendapat gred CGPA kurang daripada 2.5 seperti yang disyaratkan oleh pihak MARA. Berikutan dengan itu, saya ingin memohon kepada pihak MARA agar tidak menyekat pinjaman MARA bulanan saya.

3.        Sehubungan dengan itu, antara sebab utama mengapa saya tidak boleh mencapai gred CGPA yang diluluskan oleh MARA ialah pengurusan masa yang tidak teratur kerana saya hanya memberi sepenuh tumpuan ketika berada di dalam kelas. Saya juga belajar pada masa akhir kerana seminggu sebelum peperiksaan akhir bermula iaitu buffer week saya mengalami tekanan daripada keluarga kerana mereka meminta saya untuk berhenti belajar kerana saya mendapat tawaran SPA. Mereka ingin saya bekerja di bawah kerajaan.

4.        Selain itu, saya kurang memahami bahasa yang digunakan oleh pensyarah kerana mereka menggunakan bahasa aras tinggi dalam bahasa inggeris menyebabkan saya sukar untuk memahami pelajaran yang diajar ketika di dalam kelas.

5.        Oleh itu, pada sem ini dan sem seterusnya saya akan terus berusaha untuk mencapai gred CGPA yang disyaratkan oleh pihak MARA. Saya juga akan belajar mengurus masa dengan baik supaya saya akan lebih bersedia sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Saya juga ingin membanggakan ibu bapa saya dengan mencapai gred CGPA yang tinggi.

6.        Saya juga akan meningkatkan pemahaman saya dalam bahasa inggeris supaya saya dapat memahami apa yang diajar oleh pensyarah saya. Saya juga akan terus belajar bahasa inggeris dalam aras yang tinggi agar saya dapat memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah saya yang menggunakan bahasa inggeris dalam aras tinggi.

7.        Usaha lain yang akan saya lakukan ialah membuat mind-map. Ini akan membantu saya mengingati apa yang diajar oleh tenaga pengajar saya. Mind-map ini memudahkan saya untuk faham dengan lebih mudah berbanding nota yang panjang.

Justeru, saya harap tuan/puan dapat menerima alasan saya serta usaha saya dalam mempertingkatkan gred CGPA pada sem ini dan sem yang seterusnya. Saya amat menghargai jasa tuan/puan sekiranya permohonan pinjaman MARA bulanan saya tidak disekat. Saya akan terus menunggu dengan redha maklum balas dari pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

[pic 2]

NORSHAFIQA BINTI MOHAMMAD FUAD

...

...

Download as:   txt (2.7 Kb)   pdf (64.2 Kb)   docx (9.9 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on OtherPapers.com